Emas Public Gold



Salam..

Alhamdulillah pada 29 June 2010 saya sudah berdaftar sebagai agen Public Fine Gold International Sdn Bhd yang mengeluarkan Public Gold Bullion Bar (au 999.9) dan Public Gold Dinar (au 916). Ini bersempena dengan tawaran PG iaitu sesiapa yang berdaftar sebelum bulan June dengan RM20,000 layak menjadi agen.Saya juga diberi tunjuk ajar oleh Master Dealer iaitu en Amir Firdaus yang banyak memberi nasihat mengenai emas kepada saya.tq bro..hu3

Petang tue dapat jumpa en amir di PG Penang depan Kompleks Bkt Jambul.Walaupun jalan kompleks bkt jambul selalu pi tapi tak perasan pun yang da kedai emas  yang mengeluarkan Gold Bar.Sebelum nie saya dok usha kat kedai emas cam Poh Kong,Tomei dll.

Saya dengan segera naik ke sana.Sebelum naik perlu da tapisan dulu..ha3.Kena lalu Door Access Oooo.(Teringat dulu yang saya biasa pasang sampai 'taucu' saya angkat tabik spring sbb saya hack system door access kilang kat Jitra dulo..tapi tue zaman keja ngn swasta.. :)

Atas nasihat en amir saya memilih 20g PG bar - 6 unit dan 1 dinar - 5 unit dengan harga RM20,162..so dengan ini saya dah termaktub menjadi AGEN PUBLIC GOLD..hu3

Tapi barang tak leh ambik lagi sbb stok dah tak da.biasa la sbb last day nak tutup kempen so ramai la yang masuk.lagipun harga rm20k time tue..tapi sekrang dah rm40k wooo..

Selepas seminggu baru la dapat semua items saya.Seronok wooo!!


Kenapa emas menjadi pilihan saya?

Hu3..semua org tau yang emas itu lebih berharga dari duit.Peningkatan kadar kenaikan menarik minat saya untuk buat pelaburan walaupun jangka pendek atau jangka masa panjang memang da peningkatan kan!!Saya study benda nie dah lama cuma belum berkesempatan nak beli jer..he3

Kenapa emas PG menjadi pilihan saya?

Sebab tak dak kos upah.Harga mengikut world daily market yang berubah setiap 20min.Anda boleh rujuk melalui gadget di sebelah kanan blog saya.Dari pemerhatian saya, emas PG nie solid dan berkualiti..hu3.Made In Malaysia.